Peringatan bagi kita semua:
Walaubagaimana cantik paras rupa, walau bijaksana sekalipun, walaupun kaya dan tinggi kedudukan seseorang itu.......
Kita harus ingat dan tahu bahawa Allah memandang hambanya dari hati. Bukan dari segi lain tetapi hati. Pernah mendengar pepatah melayu berkata "Pucuk pangkal hati"? Jika hati seseorang itu bersih dan suci, dialah yang lebih mulia disisi Allah.
Walaupun seseorang tidak lepas dari bersolat 5 waktu (sebagai contoh), akan sia-sia amalannya jika hatinya penuh dendam dan hasad dengki. Dan sekali lagi seperti pepatah melayu, "Kerana nila setitik, akan rosak susu sebelanga."
Jika anda ditimpa musibah atau dikhianati, janganlah ikutkan perasaan marah dan dengki lalu diikuti dengan membalas dendam. Apa yang patut kamu lakukan adalah, berpegang teguh pada prinsip "Kebaikan akan menghapuskan kejahatan". Walaupun perit, walaupun terpaksa menelan kepahitan, redha dan kuatkan dirimu kerana Allah. Kerana apa yang terjadi, walau baik atau buruk, akan ada hikmah disebaliknya. Letakkan kepercayaanmu kepada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
Insya'Allah. AMIN.
P.S.: Sorry to non-malay readers because this post is in malay. :)
No comments:
Post a Comment