Tuesday, 4 August 2009

Got this from Idah's blog. I just want to share this too.
______________________________________________________________

"Indahnya malam pertama
"

Satu hal sebagai bahan renungan kita
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Tetapi malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu, mempelai sangat dimanjakan
Mandipun harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka
Tiada sehelai benangpun menutupinya
Tiada sedikitpun rasa malu
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih
Itulah jasad kita
Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan,
Kitapun akan dipakaikan kain berwarna putih
Kain itu jarang orang memakainya
Kerana ianya sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju kita
Di kepala badan dan kaki diikatkan
Tataplah,tataplah. Itulah wajah kita
Keranda pelaminan terus disiapkan
Pengantin bersanding sendirian

Mempelai diarak keliling kampung bertandukan jiran tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahat
Saksinya nisan-nisan yang telah tiba lebih dulu
Siraman air mawar penghantar akhir kerinduan

Dan akhirnya tiba masa pengantin
Menunggu dan ditinggal sendirian
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama bersama KEKASIH
Ditemani cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah
Dan ketika 7 langkah telah pergi
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur
Ataukah kita kan memperoleh Siksa Kubur
Kita tak tahu...dan tak seorangpun yang tahu
Tapi anehnya kita tak pernah ketakutan
Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima
Kita payah sekali menitiskan air mata
Seolah barang berharga yang sangat mahal

Dan dia si kekasih itu menetapkanmu ke syurga
Atau melemparkan dirimu ke neraka
Tentunya kita berharap menjadi ahli syurga
Tapi...tapi...layakkah sikap kita selama ini
Untuk disebut sebagai ahli syurga


Baca jika anda ada masa demi ALLAH.
Bacalah hingga habis.


ALLAH, bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada waktu untuk ini
Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahwa pemikiran
semacam inilah yang sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam MASJID pada hari Jumaat
Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGRIB saja?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit
Dan sudah pasti waktu ada kematian

Walau bagaimanapun kita tidak ada waktu atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?
Kerana...
Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukanlah yang paling utama dalam hidupku (nauzubillah)

Kita sepatutnya sentiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

ALLAH
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.
TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Susah vs. Senang"

Kenapa susah sekali menyampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi ketika selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istimewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik. Tidak perlu bayaran, tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah lucu betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH
setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.


Tidakkah lucu bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI
SENTIASA MENGIKUT SYAITAN (whom, by the way, also 'believes' in ALLAH ).

Tidakkah lucu bagaimana anda mampu mengirim ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkendali tetapi bila anda mengirim email mengenai ISLAM, sering orang berfikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah menghairankan bagaimana bila anda mula mengirim pesan ini anda tidak akan mengirim kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti apakah mereka suka atau tidak?

Tidakkah mengherankan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berdoa, untuk semua yang mengirim pesan ini kepada semua rakan mereka semoga anda dirahmati ALLAH.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu"
-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Syaitan dan hidung"

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nan! gis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)
Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana d! ikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
b oleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah.
Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing) .

Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"
____________________________________________________________________

So, I guess those words from P Ramlee's movie are words of syaitan?

No comments: